Kursus Dialek Kantonis


Gateway To Cantonese
Kursus ini bertujuan untuk melengkapkan penjawat awam dengan kemahiran komunikasi asas dalam situasi seperti mengucap salam, saling berkenalan, membuat panggilan telefon, membuat janji temu dan membeli-belah.
Sijil kehadiran akan diberikan kepada peserta yang memenuhi syarat kehadiran kursus.

Tempoh Kursus: 2 minggu
Waktu Kursus   : 8.30 pagi - 4.00 petang, Isnin hingga Jumaat
Tempat Kursus : INTAN Kampus Wilayah Tengah (INTENGAH), Kuala Lumpur


Kelayakan Pemohon:
Permohonan terbuka kepada penjawat awam Malaysia daripada semua kumpulan yang tidak mempunyai asas dalam dialek Kantonis.


Cara Permohonan:

Secara "online":
1. Layari http://www.online-itims.intan.my/itims/courses_schedule/crs_course_list.php .
2. Klik pada "Permohonan Kursus".
3. Di bahagian "Senarai kursus yang dibuka untuk permohonan di Kampus", pilih "INTENGAH".
4. Di bahagian "Carian", pilih "Bidang" "Bahasa".
5. Klik pada kursus yang ingin dipohon dan isikan maklumat yang seterusnya.

 Secara manual:
1. Muat turun borang permohonan kursus.
    http://www.intanbk.intan.my/i-portal/ms/muat-turun-borang.html
2. Isikan borang permohonan dengan lengkap.
3. Hantarkan atau fakskan borang permohonan kepada:

    Unit Bahasa Cina
    Bahagian Latihan Bahasa
    INTAN Kampus Wilayah Tengah
    Jalan Elmu off Jalan Universiti
    59100 Kuala Lumpur.
    (u.p. Ketua Unit Bahasa Cina)

  • Semua permohonan dan pelepasan berkursus mestilah mendapat kebenaran ketua jabatan masing-masing.
  • Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus Kursus yang berkenaan melalui emel atau telefon. 


No comments:

Post a Comment