Unit Bahasa Cina INTAN

Sedikit Latar Belakang Unit Bahasa Cina, INTAN
  • Asas pembentukan Unit Bahasa Cina INTAN dapat ditelusuri sejak wujudnya Sekolah Bahasa Cina di Cameron Highlands pada tahun 1951 untuk memberikan latihan bahasa Cina yang lebih teratur kepada pegawai kerajaan. Sejak itu, program latihan bahasa Cina termasuk dialek Hokkien, Kantonis, Hakka dan bahasa Mandarin telah dijalankan bersesuaian dengan keadaan dan keperluan semasa.  
  • Sejak penubuhannya, Sekolah Bahasa Cina telah beberapa kali berpindah tempat, mengalami perubahan struktur pentadbiran dan bertukar nama unit. Kini, Sekolah Bahasa Cina dikenali sebagai Unit Bahasa Cina dan merupakan salah satu unit di bawah Bahagian Latihan Bahasa di INTAN Kampus Wilayah Tengah, Jalan Elmu, Kuala Lumpur.